Friday, July 03, 2009

Kuning.

Untuk update blog setiap hari sebenarnya tiada masalah langsung bagi aku,
sebab aku ni asalnya pompuan yang suka tulis diari, tapi bayangkan kalau aku cerita semuanya di blog tentang kisah - kisah benar hidup aku ?
fuhhh situasinya akan membahayakan ramai penduduk bumi...buleh mengundang kepada
  • perceraian rumahtangga orang ,
  • yang tak berminat nak kawin pun boleh tiba - tiba ada duit untuk kawin ,
  • kadar pemecutan kejatuhan ekonomi dunia pun lebih laju sampai Amarika sendiri pun tak buleh nak kawal - kawal lagi,
  • Setiap 100 meter di bandar Kota Bharu akan ada kedai buku macam MPH.
  • kucing - kucing satu Malaysia pun akan mula belajar naik keretapi untuk mencari Boboy.
  • aku dipindahkan ke Kota Kinabalu ?
  • tambah satu lagi - nanti ada orang tanam batu Kryptonite bawah tangga rumah aku apabila mereka mula tahu akulah kakak Superman di Smallville itu.
lihat ? kan teruk benor kesannya kepada orang lain... jadi , bermula hari ini... aku akan lebih berhati - hati untuk menulis apa yang patut disini, lagipun aku dah beli satu diari khas , untuk menulis apa saja yg aku suka ( orang lain tak suka ? aku tak berminat nak tahu... )
diari ni pun satu hal ....banyak gunanya...
  • lebih -lebih lagi untuk mengasah daya ingatan ... setiap apa yg berlaku dalam tarikh tertentu aku akan ingat, sama ada peristiwa ditempat kerja - hal peribadi - keluarga... ( tak macam sekarang... jumaat bertemu jumaat... apa cerita best minggu ni ? sama jer ke ? entahlah)
  • mengelakkan diri dari buat kesilapan yang sama.
  • kadang-kadang aku tulis juga apa yang aku dah makan hari tu , untuk tujuan 'diet' , kalau dah berlebihan , esok kena kawal la juga.
  • kalau Azizi Ali seorang jutawan pun boleh buat... aku pun ada buat juga.. tulis kemana duit kita hilang hari - hari. Amacam ?
  • muhasabah diri - sembahyang 'on time' ? atau lewat ? ada ke baca Al Quran pada hari tu ? rajin ke buat sembahyang sunat yang lain ?
  • menyenaraikan perkara-perkara yg perlu kita bersyukur - kecik pun tak pe , macam dapat parking kereta betul-betul depan bank , waktu lunch pada hari gaji !
  • senaraikan perkara-perkara yg kita telah buat untuk senangkan atau gembirakan orang lain - termasuklah tulis komen pada entri kawan-kawan kikikiki... ( sebab sebaik-baik manusia adalah mereka yg banyak memberi manfaat kepada orang lain , lagipun ini bagus untuk mengelakkan diri dari rasa tak berguna , ada ke ? ada la kot.... setiap makluk yang Allah jadikan , tiada yang dijadikan sia - sia.... mengapa perlu bunuh diri atau tidur jer kerjanya - aku la tu )
  • menulis doa - doa dalam bahasa melayu sebelum aku tidur :))
Ok untuk penutup entri ini kita layan lagu Coldplay - Yellow.... liriknya mudah dan sweet , videoklip pun sempoi jer.... oh tambah sket lagi... akukan suka waktu pagi...indah sinar sang suria merdu irama sang bayu.... perasan atau tidak cuaca videoklip ini berubah dari malam ke pagi.... cantik - cantik... dan tak ramai lelaki yang boleh menahan sejuk.pagi.pantai :P




Saturday, June 27, 2009

dua - dua dah mati......




entah berapa kali aku layan video ni.... sama ada mengingati MJ atau filem Free Willy atau ikan paus itu atau mengingati diri sendiri untuk hidup bebas dari telunjuk manusia atau godaan syaitan atau aku hanya sekadar nak dengar lagu Will You Be There sebab nak menghayati lirik lagu nya - sebagai orang guru ....

tapi gelagat ikan paus yang nama sebenarnya Keiko (dah mati pun) amat menyenangkan...
badan yang gemuk dipusing - pusing , dilambung dan dihempaskan dalam lautan.. aku suka menjiwainya !


eh... baru aku perasan warna Boboy* macam ikan paus tu.......



Boboy*- kucing ini betina sebenarnya

Friday, June 26, 2009

Skuad ke 2

1987
selepas 10 tahun , aku menjadi bongsu perempuan dalam keluarga ... tiba2 mak aku melahirkan anaknya yang ke 6.... selepas itu anak ke 7 dan anak yang ke 8.
Jadi ketiga - tiga adik aku tu kiranya pernah dibesarkan oleh tangan yang menaip entri inilah , kencing dan beraknya tangan ini yang basuh, kadang-kadang terluka tangan disebabkan tercucuk pin kain lampin , tangan ini juga yang digunakan untuk mengasah gigi mereka ataupun bila mereka mula gatal gusi untuk tumbuh banyak lagi gigi... nak turun main dengan kawan - kawan pun susah sebab buaian mereka tidak boleh tidak berayun... dulu balik jer sekolah , aku selalu merungut pada mak
"ore penat balik jale kaki , panas , dia sibuk mitok coklat" mak aku balas balik
"dah mu start ajar bui sekali , mesti lah dia mintok"
jadi esoknya... aku beli ais krim , aku makan habis sebelum sampai ke rumah hahahahaaa... kadang2 jer buat gitu , hari2 lain... aku hanya stand by coklat sebiji sehari bagi dekat adik2....

itu dulu , sekarang selepas adik bongsu ku meninggal tahun lepas , tinggal 2 orang adik perempuan , sorang dah tahun 2 di UIA...sorang lagi baru lepas SPM - dah bertolak ke UPM hari ini bersama abang sulong ku dan mak sekali....
kami panggil dia kak adik, seingat aku , dia tak rapat sangat dengan aku , sebab masa dia membesar aku berada kat asrama... masa mak mengandungkan dia , aku pun tak tahu dia bakal wujud kat dunia ni... pada suatu hari indah sinar sang suria , merdu irama sang bayu , aku kata pada mak aku
"perut mak ni , besar mace orang mengandung"
mak aku balas " la memang mak mengandungpun"
hah macamana aku tak tahu ?
dulu kami panggil dia dengan gelaran 'adik' , selepas mak aku melahirkan sorang lagi adik...
jadi panggilan 'adik' itu di ubah kepada 'kak adik'

hari ni... baru aku tahu , mengapa mak aku menangis setiap kali aku nak daftarkan diri di MRSM , KMK dan USM dulu... sebab sebagai anak yang nak masuk asrama dulu2... aku tak pernah menangis depan keluarga aku... kalau nak nangispun.. biar keluarga balik dulu atau ...biar aku sampai ke bilik dulu...atau biar bas bertolak dulu.. heehehheee....
Even Heroes have the right to bleed tak gitu ?

bila rakan opis aku berkongsi cerita tentang Team Hoyt rabu lepas, kawan aku tayang satu video klip tapi mungkin dia tak perasan , lagu latarnya adalah lagu Gereja... jadi aku cari vidoe klip yang lain :





tiba - tiba aku teringatkan... apa yang arwah ayah aku pernah buat untuk menanggung pelajaranku... masa tu aku anak terpandai dalam keluarga... anak pertama yang mula keluar dari rumah dengan keizinan. Hampir semua permintaan aku dipenuhi.... walaupun tiada duit ditangan, aku tahu dia akan cuba cari dan pinjam dengan sesiapa pun.... kami tidak pernah ada kereta...(sehinggalah ayah meninggal , dia pun tak sempat naik kereta anak - anak ) , jadi untuk menghantar aku buat kali pertama ke MRSM, KMK dan USM dulu ... arwah ayah akan sewa kereta dari entah sapa2 . Bila mengenangkan apa yang arwah ayah aku sanggup buat untuk aku dulu..keazaman aku untuk membantu adik-adik menghabiskan pelajaran mereka makin membara.... selagi ada hayat , ada kudrat... aku tak kan biarkan adik-adik aku terfikir "kan lebih baik pok masih ada" apabila mereka dihimpit tekanan dan dugaan hidup.
Insyaallah.

Bila aku terdengar lagu kat bawah ni buat pertama kali , buat kali ke dua , kali ke sepuluh , kali ke 142 dan pada hari ini....esok lusa dan selama - lamanya
lagu ini tetap mengingatkan aku kepada adik - adik aku... lagu ini tetap HANYA di tujukan kepada mereka.... tiada yang lain...



kalau nak dengar budak-budak westlife nyanyi lagu ni... klik sini

p/s Lagu MJ dalam hidup aku ?
  • Heal The World
  • You're Not Alone
  • They Don't Care About Us
  • Will You Be There ( Free Willy Soundtrack yeeayyy.... suka sangat ! )
  • Earth Song
  • Ben ( nyanyian semula Boyzone)
  • I'll Be There (nyanyian semula Mariah Carey)
  • Smooth Criminal ( nyanyian semula Alien Ant Farm)